sip

sip
ditengah

Minggu, 25 April 2010

TALFIQ

BAB I
PENDAHULUAN
Islam senantiasa memberikan ruang gerak mudah bagi umatnya dalam menjalankan ajaran-ajarannya. Namun begitu, bukan berarti umat Islam bisa mengambil kebebasan tanpa mengenal batas. Kebebasan tetap harus berada dalam bingkai norma-norma yang telah digariskan oleh Allah dan Rasul-Nya atau paling tidak berada dibawah kendali ijtihad ulama‘ sebagai pewaris Nabi.
Bagi orang awam, yang masih keliru, mereka sebenarnya boleh mengikuti ijtihad (pendapat) mana-mana ulama tempatan termasuk imam di masjid tempat mereka tanpa banyak soal. Tidak timbul isu bahawa mereka akan bermasalah kerana meninggalkan mazhab Syafie dan yang lain yang dipeganginya, khususnya di ketika wujudnya keperluan seperti ketika melakukan haji di Makkah dan bermastautin di negara Barat.
Tatkala itu, keperluan berpindah mengikuti pendapat mazhab lain adalah suatu kebutuhan disebabkan kesukaran dan keperluan. Malah sebenarnya, banyakan orang bukanlah boleh dikira bermazhab yang komited. Atau dalam arti kata lain, sebagian besar orang sebenarnya hanya ‘berasa’ atau ‘menyangka’ mereka menuruti satu mazhab sedangkan sebagian ibadat dan muamalah mereka setiap hari bercampur aduk antara mazhab, hingga ada kalanya mereka keluar dari pandangan mazhabi.
Di jaman dot com ini banyak permasalahan yang harus kita selesaikan, banyak waktu yang harus kita manfaatkan, banyak pertanyaan yang harus kita jawab, dan banyak opini yang harus kita tangkis, sebagai seorang yang menuntut ilmu, khususnya ilmu Islam. Salah satu dari sekian banyaknya pertanyaan yang harus kita jawab adalah, Talfiq Yang mencangkup segi ibadah dan mu'amalat. pertanyaanpun Tambul apakah talfiq itu, haram atau diperbolehkan? Nah di tulisan yang singkat ini penulis mencoba untuk membahas hal tersebut.
1. Apapengertian TALFIQ
2.Bagaimana hukum TALFIQ
3.Apa saja madalah yang diTALFIQkan
BAB I I
PEMBAHASAN

A. PENGERTIAN TALFIQ
Banyak sekali pengertian tentang Talfiq. Sebelum membahas lebih jauh, marilah kita pahami dulu arti dari talfiq. Kata talfiq secara etimologi (jar kita bisa lugatan)memiliki arti melipat atau menggabungkan1Di dalam kamus Al-‘Asri karya Attabik Aly dan Ahmad Zuhdy Muhdhor, kata talfiq memiliki arti: “yang di buat-buat”,2
Sedangkan secara terminologi (istilah ilmu fiqih), talfiq berarti mencampuradukkan perbuatan dalam satu qhadiah (rangkaian) Ibadah yang memiliki dari dua pendapat atau lebih, lalu pada tahap pelaksanaannya mempraktikkan sesuatu yang tak pernah dipilih dan diakui oleh imam madzhab manapun.3Atau Mencetuskan hukum dengan mengkombinasikan berbagai madzhab, sehingga hukum tersebut menjadi sama sekali baru, mencetuskan hukum baru yang sama sekali tidak ada dalilnya, itulah yang lebih tepat disebut talfiq. Adapun berpindah madzhab dalam satu masalah agama dengan berlandasan kepada dalil atau karena kondisi tertentu, tidaklah termasuk talfiq.4Talfiq Bisa juga berarti;beramal dalam suatu masalah/qadliyah atas dasarhukum yang terdiri dari kumpulan/gabungan dua mazhab ataulebih.5
lebih lengkapnya Talfiq Ialah mengikut pendapat satu-satu imam dalam satu-satu masalah, kemudian bertaklid kepada imam lain dalam masalah lain. Contoh, mengambil wuduk ikut cara Hanafi dan sembahyang ikut cara Syafii. Ataupun, pada hari ini dia bersembahyang ikut pendapat SyafiI dengan membaca Bismillah.., esoknya dia bersembahyang ikut pendapat Hanafi dengan tidak membaca bismillah6.
Agar pemahaman tentang talfiq kita lebih gamblang, ada baiknya kita ambil satu contoh talfiq. Misalnya seseorang yang berwudlu tanpa menggosok (al-dalku) dengan dalih mengikuti madzhab Syafi’i. Setelah itu, ia bersentuhan dengan perempuan tanpa bersyahwat. Lalu ia menganggap wudlu’nya tidak batal dengan berpegangan pada pendapat Imam Malik. Kemudian ia melakukan shalat, maka shalat yang ia lakukan hukumnya batal lantaran dalam wudlu’nya terdapat talfiq. Dalam arti, jika mengikuti madzhab Syafi’i, wudlu’nya sudah batal karena menyentuh wanita yang bukan mahramnya. Sedangkan, jika mengikuti madzhab Maliki wudlu’nya tidak sah karena tidak melakukan al-dalku atau menggosok. (Syarh al-Asnawi, III, 266, Tuhfah al-Ra’yi al-Sadid, V, 79).7
B.SEPUTAR HUKUM TENTANG TALFIQ
bertalfiq ini bukanlah dibolehkan secara mutlak begitu sahaja, kerana para ulama telah meletakkan beberapa syarat. Ada di antara talfiq tidak boleh diterima kerana dirinya sendiri (lizatihi) seperti talfiq yang membawa kepada menghalalkan sesuatu yang haram, seperti arak, zina dan seumpamanya. Ada di antara talfiq tidak boleh diterima kerana sesuatu sebab yang lain, yang terbahagi kepada tiga bahagian:
Pertama: Memilih rukhsah dengan sengaja. Iaitu seseorang mengambil hukum yang paling ringan daripada setiap mazhab tanpa keperluan dan keuzuran. Ini adalah dilarang sebagai langkah menutup pintu yang boleh membawa kepada larangan (سد الذرائع) iaitu helah untuk melepaskan diri daripada sebarang taklif syarak.
Kedua: Talfiq yang menyebabkan terbatalnya hukuman yang diputuskan oleh pemerintah, kerana sesuatu yang diputuskan oleh pemerintah hendaklah diterima dan diamalkan, kerana pilihannya menyebabkan perselisihan tidak lagi berlaku.
Ketiga: Talfiq yang menyebabkan seseorang menarik balik apa yang telah diamalkan sebelum ini secara taqlid atau menarik balik sesuatu yang menjadi ijmak bagi perkara yang diikuti secara taqlid sebelum ini.
Contoh keadaan pertama: Disebutkan di dalam kitab al-Fatawa al-Hindiyyah: “Jika seorang faqih berkata kepada isterinya “engkau tertalak selama-lamanya” dan pada ketika itu dia berpendapat lafaz tersebut bermaksud talaq tiga, lalu dia bertindak berdasarkan pendapatnya itu, iaitu isterinya adalah diharamkan kepadanya buat selama-lamanya. Kemudian dia berpendapat bahawa lafaz tersebut hanya bermaksud talak satu sahaja, iaitu talak raj’ie, maka dia tetap mesti berpegang dengan pendapat pertamanya dahulu. Jadi dia tidak boleh mengembalikan semula isterinya hanya berdasarkan kerana pendapatnya sudah berubah.
Contoh keadaan kedua: Jika seseorang bertaqlid kepada mazhab Hanafi ketika berkahwin tanpa wali, maka perkahwinannya adalah sah berdasarkan mazhab Hanafi. Jadi talak yang dijatuhkan selepas itu juga adalah sah. Jika dia menjatuhkan talak tiga selepas itu, kemudian barulah dia mahu bertaqlid kepada mazhab Shafie bagi mengatakan talak itu tidak berlaku kerana perkahwinan itu sendiri tidak sah kerana dilakukan tanpa wali, maka tidak boleh berbuat demikian.
Kesimpulannya, boleh bertalfiq secara umumnya dengan syarat-syarat yang dinyatakan, terutamanya apabila berdasarkan pengkajian dan penyelidikan terhadap dalil-dalil yang digunakan oleh para ulama, atau dengan mengikut pendapat orang alim tertentu yang dipercayai keilmuan dan kesolehannya, dan ketika berada dalam keadaan darurat atau hajat yang jika tidak bertalfiq akan menyebabkan kesulitan dan kesukaran dalam mengamalkan ajaran Islam8.
Ali Abi Talib RA diriwayatkan berkata: “Putuskanlah hukuman mengikut apa yang kamu biasa putuskan, sesungguhnya kau tidak gemar kepada perbezaan agar orang ramai boleh terus berada di dalam satu jemaah,” (Tarikh Baghdad, 8/42).
Ahmad Bin Hanbal berkata: “Tidak sewajarnya seorang ahli Fiqh, mendorong orang ramai kepada pegangannya dan berkeras atau memaksanya (menerima pandangannya) ke atas orang ramai,”. Perbalahan sesama kita hanya menyebabkan kita letih di pertengahan jalan, kerja gagal dijalankan, imej Islam pula yang menjadi semakin buruk9. DR. Wahbah Zuhaili juga sepakat tentang kebolehan talfiq ini, menurut beliau talfiq tidak masalah ketika ada hajat dan dlarurat, asal tanpa disertai main-main atau dengan sengaja mengambil yang mudah dan gampang saja yang sama sekali tidak mengandung maslahat syar‘iyat. (Ushul al-Fiqh al-Islamiy, II, 1181). Imam al-Qarafi menambahkan bahwa, praktik talfiq ini bisa dilakukan selama ia tidak menyebabkan batalnya perbuatan tersebut ketika dikonfirmasi terhadap semua pendapat imam madzhab yang diikutinya.10Kebanyakkan ulamak membahagikan talfiq kepada dua:
1. Mengambil pendapat yang paling ringan di antara mazhab-mazhab dalam beberapa masalah yang berbeza. Contoh: Berwuduk ikut Hanafi dan  sembahyang ikut Maliki.
Apa hukumnya? Menurut ulamak-ulamak ini, talfiq dengan cara begini adalah dibenarkan, kerana dia mengamalkan pendapat yang berbeza dalam dua masalah yang berbeza Wuduk dan sembahyang. Talfiq begini dibenarkan dalam bidang ibadah dan muamalat sebagai keringanan dan rahmat dari Allah Taala terhadap umat Muhamad. Dibenarkan juga mengambil pendapat yang paling ringan antara mazhab-mazhab dalam satu masalah. Ia diamalkan pada masa yang berlainan yang tidak bergantung satu sama lain. Contoh, Ali berwuduk menurut syarat-syarat yang telah ditetap oleh Syafii. Pada waktu lain dia berwuduk menurut syarat-syarat yang ditetapkan oleh Hanafi. Talfiq seperti ini dibenarkan kerana wuduk pertama yang menurut syarat SyafiI telah selesai dan digunakan untuk satu-satu ibadah hingga selesai. Kemudian wuduk keduanya menurut Hanafi juga selesai dan digunakan untuk tujuan tertentu hingga selesai. Jelasnya ia dilakukan, sekalipun masalahnya sama tetapi dalam peristiwanya berbeza.
2. Mengambil pendapat yang paling ringan di antara mazhab-mazhab dalam satu masalah. Talfiq begini tidak benarkan.
Contoh, Ali bernikah tidak menggunakan wali kerana ikut Hanafi. Dia tidak memakai 2 saksi kerana mengikut pendapat Maliki. Pernikahan seperti ini adalah batal/tidak sah11
Selanjutnnya kita beralih pada wilayah praktik talfiq. Para ulama‘ fiqih sepakat bahwa ruang lingkup talfiq ini terbatas pada masalah furu‘iyah ijtihadiyah dzanniyah (cabang-cabang fiqih yang masih diperdebatkan). Sedangkan masalah ‘aqidah, iman, akhlak dan sesuatu yang mudah diketahui oleh semua muslim bukanlah wilayah talfiq. Dengan alasan bahwa ber-taqlid saja dalam hal ini tidak dibenarkan apalagi ber-talfiq
Mengenai hukum-hukum furu‘iyah yang menjadi ajang talfiq di atas, ulama‘ fiqih mengelompokkannya menjadi tiga bagian. Pertama, hukum yang didasarkan pada kemudahan dan kelapangan yang berbeda-beda sesuai perbedaan kondisi setiap manusia. Hukum-hukum seperti ini adalah hukum yang termasuk ibadah mahdhah, karena dalam masalah ibadah ini tujuannnya adalah kepatuhan dan kepasrahan diri seorang hamba kepada Allah Swt. mudharhttp://azharku.wordpress.com/2006/10/16/hukum-talfiqboleh-ngga/at-an12.
Ushuliyyin berbeda pendapat mengenai boleh dan tidaknyaseseorang ber-talfiq. Perbedaan ini bersumber dari masalahboleh dan tidaknya seseorang pindah mazhab. Artinya, apabilaseseorang telah mengikuti/bertaqlid dengan salah satumazhab, apakah ia harus terikat dengan madzhab tersebut yangberarti ia tidak dibenarkan mengikuti atau pindah ke madzhablain, ataukah ia tidak terikat dengan arti boleh baginyamengikuti atau pindah ke madzhab lain? Dalam hal ini ada tiga pendapat:
1.Apabila seseorang telah mengikuti salah satu mazhab maka ia harus terikat dengan madzhab tersebut. Baginya tidak boleh pindah ke madzhab lain baik secara keseluruhan maupunsebagian (talfiq). Pendapat ini tidak membenarkan talfiq. Pendapat pertama ini dipelopori oleh Imam Qaffal. Pendapat ini rupanya yang banyak memasyarakat di Indonesia, yang di zaman partai-partai Islam masih ada, sempat dipolitisir dan eksploitir.
2. Seorang yang telah memilih salah satu madzhab boleh saja pindah ke madzhab lain, walaupun dengan motivasi mencarikemudahan, selama tidak terjadi dalam kasus hukum (dalamkesatuan qadliyah) dimana imam yang pertama dan imam yangkedua atau imam yang sekarang diikuti sama-sama menganggapbatal.Pendapat kedua ini membenarkan talfiq sekalipun dimaksudkan untuk mencari kemudahan, dengan ketentuan tidak terjadi dalam kesatuan qadliyah yang menurut imam pertama dan imam kedua sama-sama dianggap batal. Golongan ini dipelopori olahal-Qarafi.
3. Tidak ada larangan bagi seseorang untuk berpindah madzhab, sekalipun dimaksudkan untuk mencari keringanan.Pendapat ini memperbolehkan talfiq sekalipun dimaksudkan untuk tujuan mencari keringanan tersebut. Pendapat ketiga ini dipelopori oleh Al-Kamal Ibnu Hammam. Dari segi dalil maupun kemaslahatan diantara ketiga pendapat di atas menurut hemat saya yang paling kuat adalah pendapat Al-Kamal Ibnu Hammam dengan alasan antara lain:
1. Tidak ada nash agama baik dari al-Qur'an maupun Sunnahyang mewajibkan seseorang harus terikat dengan salah satu mazhab saja. Yang ada adalah perintah untuk bertanya kepada ulama tanpa ditentukan ulama yang mana dan siapa orangnya (QS. al-Nahl: 43).
2. Hadits Nabi yang menyatakan bahwa Rasulullah tidak pernah disuruh memilih sesuatu kecuali akan memilih yang paling mudah, selama tidak membawa ke dosa.
3. Kaidah yang berbunyi, "al-ami la madzhaba lahu" –orang awam tidak punya mazhab. Tidak punya mazhab artinya tidak terikat. Hanya saja dalam hal-hal yang menyangkut kemasyarakatan maka yang berlaku adalah mazhab pemerintah atau pendapat yang diundangkan pemerintah lewat perundang-undangan. Hal ini dimaksudkan untuk keseragaman dan menghindarkan adanya kesimpang-siuran. Hal ini sejalan dengan kaidah, "Keputusan pemerintah mengikat atau wajib dipatuhi dan akan menyelesaikan persengketaan.13" Maka dapatlah disimpulkan bahawa mana-mana pendapat ulama yang berijtihad mengeluarkan hukum dapat digunakan pandangan mereka selagi mana pendapat mereka didasari dalil daripada al-Quran dan as-Sunnah. Berlapang dada lah dalam menerima perbezaan aliran pandangan selagi mana ia tidak meminggirkan al-Quran dan as-Sunnah sebaliknya wajib untuk kita menyanggahi kepada golongan yang hanya menggunakan pandangan akal semata-mata kerana ia akan membawa kita jatuh ke dalam kehancuran bidaah14!!
Dr. Yusuf al-Qardhawi, seorang sarjana Islam kontemporari pula menyebut:
"Golongan yang taasub ini tidak membolehkan sesiapa yang mengikut sesuatu mazhab keluar daripanya, sekalipun dalam beberapa masalah yang jelas kepada pengikut mazhab bahawa dalil mazhabnya lemah. Sehingga mereka menyifatkan sesiapa yang keluar mazhab sebagai tidak berpendirian. Perbuatan ini sebenarnya mewajibkan apa yang tidak diwajibkan oleh Allah SWT. Seakan-akan mereka menganggap imam-imam mazhab mempunyai kuasa membuat syariat dan perkataan mereka adalah hujah syarak yang dipegang dan tidak boleh dibangkang. Ini sebenarnya menyanggahi tunjuk ajar imam-imam mazhab itu sendiri kerana sesungguhnya mereka telah melarang orang ramai bertaklid kepada mereka atau selain daripada mereka. Ini juga menyanggahi apa yang dipegang oleh golongan Salaf umat ini iaitu para sahabat dan mereka yang selepas sahabat sepanjang kurun-kurun yang awal yang merupakan sebaik-baik kurun yang paling dekat kepada petunjuk Nabi s.a.w. Justeru, para ulama besar umat ini dan para muhaqqiqnya (penganalisis)
membantah sikap melampau dalam taklid mazhab yang menyamai apa yang dilakukan oleh ahli kitab yang mengambil paderi dan pendeta mereka sebagai tuhan-tuhan mereka selain Allah15".Kalau kita lihat beberapa pendapat di atas, ternyata tidak ada qoul (pendapat) yang membolehkan talfiq secara mutlak. Oleh karena itu, ada beberapa klasifikasi talfiq yang perlu diperhatikan. Pertama, talfiq batal secara esensi, seperti melakukan sesuatu yang menyebabkan penghalalan barang yang haram, seperti menghalalkan khamr, zina dan lainnya. Kedua, talfiq yang dilarang bukan pada esensinya, tetapi karena faktor eksternal16.
C.PEMBAGIAN TALFIQ
Talfiq mencangkup segi ibadah dan mu'amalat. Talfiq di bidang ibadah seperti seseorang berwudu menurut madzhab Syafi'i yang menyapu kurang dari seperempat kepala, kemudian ia bersentuhan kulit dengan ajnabiyah; dan ia terus mendirikan shalat dengan mengikuti madzhab Hanafi yang mengatakan bahwa sentuhan tersebut tidak membatalkan wudlu. Adapun contoh talfiq dalam bidang muamalah adalah membuat undang-undang perkawinan dimana akad nikahnya harus dengan wali dan saksi karena mengikuti madzhab Syafi'i; mengenai sah jatuhnya thalaq raj'i mengikuti madzhab Hanafi yang memandang sah ruju' bi 'l-fi'li (langsung bersetubuh)17.
Contoh lainTalfiq. a. Dalam Ibadat.
1. Seseorang berwudlu menurut madzhab Syafi'i yang menyapu kurang dari seperempat kepala, kemudian ia bersentuhan kulit dengan ajnabiyah; ia terus bershalat dengan mengikuti madzhab Hanafi yang mengatakan bahwa sentuhan tersebut tidak membatalkan wudlu.
2. Seseorang berwudlu mengikuti tata cara Syafi'i, kemudian ia bershalat dengan menghadap kiblat dengan posisi sebagaimana ditentukan oleh madzhab Hanafi.
b. Masalah Kemasyarakatan
1. Terjadi ru'yah yang mu'tabarah pada suatu tempat, kemudian Qadli Syafi'i menetapkan bahwa ru'yah tersebutberlaku pada seluruh wilayah kekuasaannya, sebab Qadli tadi berpegang dengan pendapat madzhab Maliki dan Hanafi yang tidak memandang persoalan mathla'18.


DAFTAR PUSTAKA

talfiq-haramkah.html http://www.kpts-tapanuli.com/2009/07/
keunggulanislam/id50.html http://syededlee.tripod.com/
Artikel ditandai dengan mazhab    q&a    talfiq
hukum-talfiqboleh-ngga/at-an. mudharhttp://azharku.wordpress.com/2006/10/16/
http://muis.ismaweb.net/?p=360
Article/index_html http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/20091230131448/ islam/Paramadina/Konteks/TaqlidIH4.html http://media.isnet.org/
Antara Prinsip dan Mazhab-Abu Ruwais campur-mazhab-adakah-tidak- dibenarkan.html. http://hadi87.blogspot.com/2009/11/

Tidak ada komentar:

Posting Komentar